14 November 2009

ASK USTAZ:Part 1

In this Holy month of Ramadan,
YOUTHS
do have questions in their mind about it.

Alhamdulillah from the launch of the
"Ask Ustaz"
we've received total of 50 questions.

Therefore this are the selected few that we're
going to share with all of you.


1) Ustaz, kalau kita termuntah ketika kita puasa, batal tak?

Di sini perlu diingatkan bahawasanya memasukkan sesuatu (benda) ke dalam salah satu rongga badan seperti lobang hidung, mulut, dubur, kubul dan lubang telinga boleh membatalkan puasa.

Berkaitan denga soalan di atas, Ustaz boleh kaitkan dengan dua situasi iaitu:
Sengaja dan Tidak Sengaja

Jika seseorang memasukkan jari ke dalam kerongkong dan sengaja muntah,
maka puasanya batal dan wajib qada’ puasanya.

Jika seseorang termuntah dan secara tidak sengaja,
maka puasanya tidak batal berdasarkan Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

“Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang mencari jalan untuk muntah (lalu ia muntah) maka wajib atasnya qada (iaitu batal) dan barangsiapa yang terpaksa muntah (atau tidak sengaja) maka tidaklah wajib qada atasnya (tidaklah batal puasanya).”
Diriwayatkan oleh Baihaqi.


2) Ustaz, kalau kita kumur-kumur batal tak puasa? How about kalau kita maki?

Kumur-kumur dan memaki tidak membatalkan puasa tetapi hukumnya ialah MAKRUH.
Perkara-perkara makruh harus kita menjauhkannya walaupun tidak berdosa kerana ianya mengundang kepada perkara yang membatalkan puasa. Misalnya, kalau kita kumur-kumur tiba-tiba kita tertelan air tu, jadi batal puasanya kerana kita tidak menjauhi perkara yang makruh.



3) Mengapa muslim perlu berkorban untuk berpuasa pada bulan Ramadhan?

Kita sebagai muslim mesti mematuhi apa yang disuruh oleh Allah S.W.T supaya kita menjadi orang yang bertaqwa dan mulia disisi Allah S.W.T.

Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah, ayat 183:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Di sini kita dapat difahamkan daripada ayat ini bahawa Allah menyuruh orang-orang beriman untuk berpuasa supaya mereka bertaqwa. Jika kita hendak menjadi orang-orang yang mulia disisi Allah, kita kena berkorban dengan segala apa yang Allah menyuruh.

Dan percayalah, berpuasa mendatangkan banyak manfaat kepada diri kita.
Antaranya:

1) Ramadhan adalah bulan suci dibandingkan dengan semua bulan dalam satu tahun.
Allah S.W.T menghendaki hamba-Nya supaya memenuhkannya dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepada-Nya.

2) Berpuasa mencerminkan rasa kesyukuran kita dengan apa yang kita ada dan buat renungan nasib orang-orang yg fakir miskin.

3) Berpuasa melatih kesabaran.

4) Mengurangkan perbelanjaan.

5) Berlapar menyebabkan kita insaf dengan kemewahan dan kesenangan yang telah dikurniakan Allah kepada kita selama ini. Berlapar mengajar kita untuk bersifat sederhana dari segi perlakuan kita.

6) Makan banyak juga menyebabkan kita lambat bertindak daripada segi amalan, penerimaan ilmu, membuat keputusan dan lain-lain perbuatan.



In conclusion, hope that you Youths now have the clear
understanding with regards of those 3 questions.
And don't feel awkward to keep asking question.

May you Allah swt bless all of you

No comments:

Post a Comment