11 July 2009

SCRRA 2009!



















Anda rasa anda berbakat?


Ingin tunjukkan bakat anda?

AYUH sertai SCRRA 2009!


Apa itu SCRRA?

SCCRA adalah sebuah pertandingan video/film yang dianjurkan oleh ZAHRA En-Naeem setiap tahun. Bermula pada tahun ini, pertandingan ini akan dibuka kepada semua belia-belia(yg berumur 12-25 tahun) di luar sana.

Apa makna SCRRA?
STANDBY!
CAMERA ROLLING!
READY!
ACTION!

Tujuan mengadakan SCRRA?

1)untuk memberi peluang kepada belia-belia di luar sana untuk menonjolkan bakat yang mereka ada/bakat terpendam

2)untuk mendapatkan belia-belia yang mahir dalam seni ini untuk membantu kami di masa hadapan(dalam projek/event)

3)untuk menyebarkan ilmu menerusi cara yang interaktif

Peraturan-peraturan?

1)video haruslah tidak kurang daripada 5minit dan tidak boleh melebihi 2jam

2)video haruslah berdasarkan salah satu tema yang diberikan iaitu :

a)Pengorbanan

b)Teman

c)Rintihan Kasih

3)setiap video yang dihantar harus diiringi dengan sedikit ringkasan mengenai video tersebut dan video haruslah mempunyai sari kata dalam bahasa inggeris

4)video tidak seharusnya mengandungi/memaparkan aksi-aksi kekerasan atau yang melanggar unsur-unsur Islam (eg.berpegangan tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram)

5)sertakan nama penuh,umur,nombor hp,dan tajuk+ringkasan video apabila anda menghantar video anda

6)setiap peserta hanya boleh menghantar sebanyak 2 video kepada kami

7)tarikh tutup penyertaan : 20 November 09!


Sila Ambil Tahu...

1)kami tidak akan memastikan bahawa video-video yang telah dihantar akan diterima oleh kami
2)kami tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang terjadi kepada video yang telah dihantar kepada kami

3)kami memiliki kuasa penuh di atas video yang dihantar kepada kami, sama ada untuk menyerbarkannya atau menggunakannya bagi sebab-sebab lain

4)kami berkuasa untuk menolak sebarang video yang dihantar kepada kami jika video tersebut tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan

Sebarang pertanyaan?

Sila emel kepada kami @ zahra_ennaeem@hotmail.com

No comments:

Post a Comment